dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

5 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan kampung yang tinggal di Tanjung Piai untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM miliknya. Beliau ialah Encik Muhamad Farizal bin Wahid yang menjalankan perniagaan menjual cendol secara kecil-kecilan. Beliau telah menghubungi Pengurus PEDi dalam usahanya untuk mendapatkan lesen perniagaan SSM dengan lebih cepat dan mudah. Oleh yang demikian, beliau telah diterangkan mengenai pendaftaran secara dalam talian sahaja menggunakan portal Ezbiz yang tertakluk di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran dilakukan dengan Encik Farizal perlu mengemukakan dokumen butiran peribadi seperti kad pengenalan, surat beranak, nama emel sehingga ke peringkat janji temu.

Setelah selesai menjalani janji temu, Encik Farizal perlu memberikan nama perniagaan, alamat perniagaan, jenis perniagaan sehingga ke peringkat pembayaran. Nama perniagaan beliau akhirnya telah didaftarkan dengan nama Perniagaan Farizal. Proses pendaftaran telah dimulakan pada 4 Januari dan berakhir pada 5 Januari 2024 dan hanya memakan masa selama lebih kurang dua hari sahaja. Selain dapat menjimatkan masa dan kos, pendaftaran secara dalam talian ini membolehkan Encik Farizal dapat mengenali PEDi secara lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.